Saturday 11 August 2012

Falling in love :D

Tak sangka first time tengok dah suka. Sampai sekarang walaupun dia dah buat naya kat aku still dok suka dia =,= aku nak lupa kan dia .. selama-lamanya .. now i try to like someone yang baik dan hensem(?). Tapi malangnya, tak jumpa laki yang macam aku nak. yang aku jumpa just laki yang erghh!!! tapi kadang-2 aku layan diorang macam kawan-2 aku.. tapi diorang confess love kat aku -,-' tapi takpe ._. aku sekarang tengah minat kat mat salleh celup *O* sape lgi kalau bukan Zain homai homai dy hensem bhaaiii !!!
kay setakat ni je laa .. aku malas nk tulis bynk-2 cuz sekarang dok on kt makmal ict sekolah .. bubye guys :3


*Secret between you and me*

Wednesday 8 August 2012

Kelas 2Baiduri

Baiduri ? Ia adalah spesis berlian yang mahal serta sukar untuk kita mendapat baiduri tulen dipasaran. Walaupun dikatakan mahal dan berharga, tapi bagi aku , ia hanya cantik diluar dan buruk di dalam. Kenapa ? Aku seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman. Aku berada di kelas 2Baiduri iaitu kelas yang pertama serta sering menjadi bualan guru-guru sekolah. Walaupun 2Baiduri adalah kelas yang bijak. Tetapi, perangai mereka yang membuat aku benci dan dibenci. Aku mempunyai satu kumpulan. Kumpulan kami adalah yang paling dikenali.Aku sering berada dibelakang,disisihkan, dan sering menjadi bahan ketawa atau umpatan mereka. Bagi aku, ia sangat memalukan. Aku pernah bertanya kepada mereka mengapa mereka selalu meng-aibkan aku di khalayak ramai. Mereka hanya berdiam dan menyalahkan aku atas apa yang berlaku. Rakan ku Capital F, meluahkan apa yang dia rasa, dia menyatakan yang aku sangat sombong dan bongkak atas sebab aku menukar tempat dudukku dengan rakanku yang lain. Rasa sebak bila dituduh sebegitu sedangkan aku tidak langsung mempunyai niat untuk melukakan hatinya. Semakin hari semakin aku berasa hairan, mengapa begitu teruk layanan yang mereka berikan kepadaku. Mereka selalu mencari salah silap ku untuk dibuat isu umpatan dan fitnah. Apa yang aku ada sama sahaja dengan mereka. Mengapa mereka mahu berbuat demikian serta menghukum aku dengan sebegitu rupa. Aku sudah meminta maaf, tapi apa yang dibalas hanya 'takpe, kau takde buat silap dengan kitorg pun'. Aku sudah muak mendengar jawapan yang begitu menyejukkan hati tetapi berduri di dalamnya. Walaupun sudah acapkali meminta maaf, mereka kekal dengan sifat ketidakpedulikan diri aku. Mulai hari ini, apa yang aku perlu lakukan hanya berdiam. Aku tidak mahu mengganggu kehidupan orang lain. Biarlah aku dengan dunia ku sendiri. Umpatan dan fitnah yang benar-benar membuatkan aku patah semangat, tapi apakan daya. Aku hanya seorang yang rendah berbanding mereka yang tinggi tarafnya. Aku benar-benar kecewa dengan sikap dan layanan yang diberi. Memang susah untuk mencari seorang kawan yang ikhlas dan setiakawan. 
*http//:kmiystarproject.blogspot.com*Funny'Detective Ji Ha Kim II